Wednesday, December 9, 2009

CENDAWAN SEGAR DARI LADANG!!!!





SALAM,

KAMI MEMPUNYAI STOK CENDAWAN UNTUK PUKAL 10 KG/20 KG / 30 KG/ 50 KG.

STOK PETIK PAGI, PUKUL 11 BOLEH COLLECT. SEMUA SEGAR DARI LADANG.

SEMENTARA STOK MASIH ADA. CALL SAYA MAHATHIR 013 359 8020 ATAU ARUN 013 6728811.

KALAU DAH HABIS CUBA CALL KEESOKAN HARI...


SELAMAT BERDAGANG . HARGA LADANG!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 3, 2009

Kursus Cendawan pada 12hb Dec 2009







SILA HUBUNGI EN MAHATHIR 013 359 8020 UNTUK PENDAFTARAN. TEMPAT DUDUK TERHAD!!!!!
RM 200 SAHAJA

BERHAWA DINGIN ( KELAS TEORI)
BILIK SOLAT
SIJIL DISEDIAKAN
PETUA RAHSIA
PEMASARAN DISEDIAKAN (BUY BACK SCHEME)
JUALAN BANTAL BEG MEDIA
CARA PEMBUNGKUSAN & PENYIMPANAN CENDAWAN
PENJAGAAN BEG MEDIA
MAKANAN PAGI, TENGAHARI DAN PETANG DISEDIAKAN

BAGAIMANA NAK MENGHASILKAN CENDAWAN SEHARI 50 KG !!!!!!!!!!!! JOIN KURSUS KAMI DI PHOENIX!!

Persiapan Air Bawah Tanah








Sumber air sudah di temui di bawah 30 kaki....untuk menaikkan air kami akan gunakan pump kuasa kecil nanti. Nanti kami akan paparkan.

Musim Tengkujuh , persediaan Musim Panas, Landscape Labor Friendly







Salam Semua...

Pejam celik kita dah nak masuk 2010 dah!!! Apa persediaan kita untuk tahun baru mendatang. Pada musim tengkujuh ini kami cuba mengambil kesempatan untuk meningkatkan graf pengeluaran cendawan kami. Walau bagaimana pun musim panas yang lalu banyak mengajar kami untuk melakukan pelan menyeluruh bagi memastikan pengeluaran cendawan tidak berkurangan dek cuaca panas.


Oleh itu pihak Phoenix sudah membuat persiapan ke arah itu. Telaga sudah dikorek sedalam 30 kaki dan "piping" sudah dipasang di dalam rumah cendawan dan pengepam sudah ditempah. Pihak Phoenix hanya akan memasang bila musim panas kembali.

Di samping itu, tempat pejalan kaki bagi pekerja memindahkan bantal cendawan, mengambil hasil kutipan dan melakukan kerja pembersihan juga sudah siap di bina. Atas permintaan supplier habuk kayu dan pekerja kami yang mahukan kerja unloading habuk dijalankan secara cepat, kami telah membina ruang habuk kayu di kawasan luar.

Mari kita lihat paparan:

Tuesday, November 17, 2009

Lawatan Pelajar Kolej MCS 2 Nov 2009





Pihak Phoenix telah dilawati oleh rombongan pelajar dari Kolej MCS pada 2 hb Nov 2009. Seramai 48 pelajar dan seorang pensyarah sempat mendapat sedikit pengalaman dari kami yang diketuai oleh En Mahathir. Beliau sempat memberi penerangan asas mengenai perniagaan cendawan dan selok belok penjagaan beg media.

Jadi sesiapa yang ingin menyertai kursus cendawan sila hubungi En Mahathir di 013 359 8020 atau nombor pejabat di 3122 0511.

Wednesday, October 28, 2009

KURSUS CENDAWAN KEMBALI LAGI!!!!!!!!!!!!!!!! CEPAT DAFTAR





SALAM SEMUA....


Kursus ASAS PENANAMAN CENDAWAN SUDAH DIBUKA UNTUK BULAN NOV DAN DISEMBER 2009. HUBUNGI KAMI SECEPAT MUNGKIN : SATU SESI BOLEH MEMUATKAN 15 PELAJAR. TARIKH YANG DI RANCANG 7/14/21/28 November 2009.

HUBUNGI MAHATHIR 013 3598020

ATAU PEJABAT : 03-3122 0511


Bayaran RM 200. Sijil Disediakan.
Nota dan Maklumat
Bilik Solat
Makanan Pagi, Tengahari dan Petang
Hadiah 5 beg bantal cendawan dan cendawan segar Phoenix untuk belajar dirumah (PERCUMA).


SELAMAT DATANG KE PHOENIX!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 30, 2009

Salam Syawal........


Salam Syawal dan salam 85 kg hari nih.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Alhamdulillah boleh keep up mudahan........................Doa mudahan segala usaha sabar dapat dilipat gandakan dalam bentuk rezki..........

Monday, August 10, 2009

Selamat Berpuasa......dari Phoenix.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur dan sentiasa memohon keampunan dari Pencipta kita...Selamat berpuasa dan jangan lupa berterawih.......Salam




Bongkah Jualan

En Azley dari Subang sempat membeli 1000 bantal yang dipesan bagi menyambung aktiviti tani cendawan beliau yang telah terhenti seketika dulu. Berkat kesabaran beliau membeli lebih dari belian pertama dahulu. Hasil kutipan jualan bersama sahabatnya En Anwar. Semoga berjaya







Musim Monsun, Bulan Puasa dan Telaga Air Bawah Tanah

Salam Sejahtera,




Cuaca mula menunjukkan kebasahan semenjak akhir-akhir ini, namun ketidak stabilan kepanasan global kadang-kadang memberi kesan kepada pengeluaran cendawan kami. Jadi kami berusaha mengumpul dana untuk menebuk telaga air bawah tanah untuk kami gunakan untuk penyiraman bumbung bila perlu. Jadi air akan dipam ke semua rumah dan dialirkan ke bumbung secara malar bagi menurunkan suhu agar tidak terlalu panas.





Contoh perancangan telaga :




Saturday, July 11, 2009

Lagi Update terbaru!!!!

Setelah dibungkus
Stock pukal ke caterer

2kg.... dijamin segar dan berkualiti


Cendawan kering 40 gm,......tidak menghampakan!!!




Tuesday, July 7, 2009

Welcome July 2009

Hasil yang dipetik pagi 8 Julai 2009 (25kg)
Salam Semua,,,,,


Dah lama tak update blog sebab busy dengan aktiviti pengstrukturan sistem di bahagian operasi. Buat masa nih jualan makin lama makin meningkat dari bulan May, June dan Julai. Graf jualan pun agak cantik dan memuaskan. Tetapi pihak Phoenix masih mahu menggandakan jualan dengan memperbaiki sistem penuaian dan juga pembuatan bantal. Banyak R&D telah dibelanjakan dan diusahakan demi masa hadapan industri ini.


Secara purata pada bulan May dan Jun lepas pengeluaran sudah dapat digandakan dan bulan Julai mula menampakkan penggandaan ketara secara malar dan stabil setiap hari. Walaupun cuaca dah agak berhujan bebaru ini kami masih akan cuba untuk mendapatkan peruntukan untuk membuat perigi dan menyedut air terus untuk disemburkan di kawasan bumbung.


Apa yang kami dapat belajar dari Phoenix adalah perusahaan cendawan ini memerlukan kesabaran dan ketahanan mental. Walaupun modal adalah satu faktor penting yang mesti bersama melengkapkan syarat... Kami di Phoenix sentiasa percaya akan pertanian cendawan ini adalah perniagaan yang akan membawa keuntungan jika dibuat secara mantap dan disusuli dengan pemasaran yang berterusan di kedai dan pasaraya. Percayalah Tuhan itu MAHA MENDENGAR.........Allahuakbar!!!
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR UNTUK KURSUS SABTU DAN MENJUAL CENDAWAN SEGAR (SIAP BERSIH) PADA HARGA YANG BERPATUTAN( URUSAN CASH) SILA HUBUNGI ZAIFITRI (012 224 7445)

Sunday, June 21, 2009

Laporan Gambar Kursus

Tahniah kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus pada 20 Jun 2009.!!!

Ms Ida Said

Dr Nagu

Semoga selamat berjaya!!!

Monday, June 15, 2009

Kursus Sabtu ini 20 hb Jun 2009

Salam ,
Jangan lupa saudara dan saudari Pihak Phoenix akan mengadakan Kursus Asas Cendawan pada Sabtu ini...antara nama yang dah sahkan pendaftaran
1) En Siraj Kota Damansara
2) Ms Siraj Kota Damansara
3) Ida KL
4) Dr Nagu KL
5) Datin Fauziah Selangor
PENDAFTARAN MASIH DIBUKA HUBUNGI KAMI 03-31220511 ATAU FITRI 012 224 7445 ATAU MAHATHIR 013 359 8020.

Wednesday, June 3, 2009

Selamat Hari Keputeraan Agong


Salam Semua ,


Dah lama tak bercerita di dalam blog Phoenix mengenai perkembangan semasa......Pihak Phoenix mula sibuk untuk melayan cendawan yang bertambah pengeluarannya semenjak ini. Namun pihak kami mengalu-alukan bekalan dari luar untuk menepati pesanan dari outlet-outlet kami di sekitar Klang.


Di samping itu Kursus Cendawan akan dimulakan pada 13 hb June 2009 dan 20 hb June 2009 (sempena hari keputeraan Agong pada Sabtu kami terpaksa tangguh akan kursus tersebut)

Jangan lupa untuk hubungi kami untuk pendaftaran 03-3122 0511 Zaifitri


Sempat saya menangkap gambar cendawan yang pelik yang mana ia mempunyai dua kelopak...!!! Pelik.,,,Saksikan gambar di atas......




Sunday, May 17, 2009

Tahniah kepada Peserta Kursus!!


Kami ingin mengucapkan tahniah kepada peserta kursus pada sesi 16 May 2009. Mereka nampaknya amat bersemangat untuk memulakan aktiviti penanaman cendawan. Sebahagian gambar yang kami dapat kongsi bersama saudara semua. Kursus pertama Phoenix Agri yang dianggap berjaya. Syabas semua yang terlibat
Jadual Kursus
Setiap Sabtu kecuali Public Holiday

Yuran hanya 250.00 seorang (makanan pagi/ tengahari/petang ) disediakan. Presentation Power Point Latihan Praktikal serta Kit Latihan . Sijil Penyertaan dan Media Beg Percuma akan diberi.Bilik Solat disediakan



menerangkan sistem asas dalam pembuatan dan pemantauan bantal


Pihak perserta sedang mendengar taklimat untuk penggunaan steamer


Sessi bagging beg media cendawan



Peserta diajar cara menggred sebelum membungkus

Sesi packing


Sessi Lunch Time!!


Bilik Presentation yang berhawa dingin

sesi memetik cendawan

Ms Claudine dengan hasil petikan

Foto bersama seluruh peserta


Penerimaan Sijil


Pelajar Terbaik "Uncle Cheah" pelajar paling banyak soalan yang bernas



Sempat berbincang secara informal mengenai industri


Latihan membersihkan akar dari leher beg media selepas memetik cendawan

Tuesday, May 12, 2009

Produk Baru- Sunrise Cendawan Kering Tiram Kelabu 40 gm

Cendawan Segar

Dicarik-carik dan dikeringkan secara semulajadi selama 2 hari

Bila warna keemasan perang......

Dipek masuk dalam plastik sukatan 40 gm

Sedia untuk pasaran yang selektif
Dapatkan di pasaran 40 gm

Kami ingin berkongsi resepi yang saya pelajari dari kawan-kawan dengan menggunakan cendawan kering tiram

Menu Pilihan!!!



Masak Lemak Ayam Cendawan Kering Tiram

Rencahnya ( 3-4 orang makan )

  • Ayam setengah bahagian potong kecil
  • Sepaket 40 gm Sunrise cendawan tiram kering - hendaklah direndam sehingga kembang dan kenyal semula
  • Santan Low Fat Cap Ayam UHT paket - nak kurangkan kolestrol
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk ngan batu tumbuk supaya tambah ummmph
  • kunyit hidup 1 cm - ditumbuk juga
  • cili api kampung bukan cili api Siam.....10 biji kasi pedas dan leleh.....tumbuk juga
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto sikit jer jangan bebanyak......

Cara-cara

  1. ayam yang dipotong bersama cendawan tiram kering yang sudah kembang diadunkan bersama santan dan bahan sudah dikisar ditumbuk sedikit sekali didalam kuali
  2. Masukkan garam dan ajinomoto dan masak jangan sampai pecah minyak.
  3. api sedang- sedang besarnya
  4. renehkan api selama 20 minit
  5. Sedia dihidang.
  6. Dan siapkan ikan goreng sepat .........
  7. Bismillah