Tuesday, July 7, 2009

Welcome July 2009

Hasil yang dipetik pagi 8 Julai 2009 (25kg)
Salam Semua,,,,,


Dah lama tak update blog sebab busy dengan aktiviti pengstrukturan sistem di bahagian operasi. Buat masa nih jualan makin lama makin meningkat dari bulan May, June dan Julai. Graf jualan pun agak cantik dan memuaskan. Tetapi pihak Phoenix masih mahu menggandakan jualan dengan memperbaiki sistem penuaian dan juga pembuatan bantal. Banyak R&D telah dibelanjakan dan diusahakan demi masa hadapan industri ini.


Secara purata pada bulan May dan Jun lepas pengeluaran sudah dapat digandakan dan bulan Julai mula menampakkan penggandaan ketara secara malar dan stabil setiap hari. Walaupun cuaca dah agak berhujan bebaru ini kami masih akan cuba untuk mendapatkan peruntukan untuk membuat perigi dan menyedut air terus untuk disemburkan di kawasan bumbung.


Apa yang kami dapat belajar dari Phoenix adalah perusahaan cendawan ini memerlukan kesabaran dan ketahanan mental. Walaupun modal adalah satu faktor penting yang mesti bersama melengkapkan syarat... Kami di Phoenix sentiasa percaya akan pertanian cendawan ini adalah perniagaan yang akan membawa keuntungan jika dibuat secara mantap dan disusuli dengan pemasaran yang berterusan di kedai dan pasaraya. Percayalah Tuhan itu MAHA MENDENGAR.........Allahuakbar!!!
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR UNTUK KURSUS SABTU DAN MENJUAL CENDAWAN SEGAR (SIAP BERSIH) PADA HARGA YANG BERPATUTAN( URUSAN CASH) SILA HUBUNGI ZAIFITRI (012 224 7445)

No comments: