Sunday, January 25, 2009

Lawatan Rasmi dari Australia- Mr Bernard (Agen Pengimpot Tunggal Cendawan

Kami dari Phoenix Agri Sdn Bhd ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr Bernard dari Australia yang datang melawat ladang kami di Sijangkang pada 25hb Januari 2009. Lawatan beliau adalah untuk mengaudit dan memeriksa premise kami agar bersedia untuk pasaran ekspot cendawan segar, cendawan frozen, produk hiliran cendawan yang akan menembusi pasaran rakyat Asia di Australia dalam sebulan dua lagi . Hasil kerjasama kami yang sudah lebih dari 5 tahun yang mana beliau adalah juga Agen Pengimpot Barangan Makanan dan Minuman Halal bagi pihak kami di Australia meyakini beliau untuk membantu mengedarkan produk keluaran Phoenix Agri Sdn Bhd. Lawatan beliau adalah penting bagi mengesahkan pesanan berdasarkan kapasiti bantal . Beliau yang serius dan komited dengan kami sanggup turun padang serta bertemu dengan warga Phoenix dan memberi nasihat dan tunjuk ajar. Kami juga terharu akan kesanggupan beliau untuk memakai baju Phoenix Agri Sdn Bhd menunjukkan "semangat sporting" beliau kepada Phoenix Agri Sdn Bhd...Thanks for your cooperation Mate!!!




Rumah sudah siap di bungkus


Memeriksa bantal dan kebersihan sekeliling adalah penting bagi meyakini Pengimpot



jamuan makanan tengahari....lauk kampung

desert buah kuini, tembikai susu
Cendawan Goreng Tepung Kentucky ......
Pn Ireani sedang berbincang bersama Pengimpot sambil menjamah selera


Mr Bernard saling berkenalan dengan warga Phoenix

Staff mendengar segala nasihat bagi memastikan kualiti dan standard Australia yang wajib dipatuhi
Momento bersama seluruh warga Phoenix dan Mr Bernard

Di depan Bangsal No 3

Closing the Deal !!!!Alhamdulillah

Thanks for the visit and We wish we shall meet again in June

Insyallah jika diizinkan pihak Phoenix akan melawat beliau dan membantu aktiviti promosi serta penjenamaan produk cendawan di Australia dalam bulan April nanti.

No comments: