Monday, September 6, 2010

SALAM AIDIL FITRI DARI PHOENIX


Kami Warga Phoenix ingin mengucapkan Selamat Lebaran kepada Muslimin dan Muslimah sekelian. Jika ada terkasar dan terkurang pihak Phoenix ingin meminta maaf dan ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Kami sedar bukan senang untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam muamalah perniagaan cendawan ini. Kekadang kami terpaksa menolak pesanan dari pelanggan kami mahupun yang baru atau yang sudah tegar bersama kami semenjak 3 tahun Phoenix dibuka.

Cendawan Segar sedap digoreng,
Digoreng dengan tepung Kentucky,
Kalau ada rezeki lebih kita boleh berunding,
Nak tambah bekalan cendawan menambah rezeki....

Salam Maaf dipinta dari kami....!!!


Sunday, August 29, 2010

Selamat Berpuasa dan Nuzul Quran



Phoenix ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Nuzul kepada warga Muslim dan Muslimah diseantero dunia. Diharap di bulan puasa ini kita dapat mempergunakan bulan yang mulia ini untuk beribadat sambil bermuamalah dengan penuh ikhlas dan tawaduk. Walaupun cuaca tidak menentu adakalanya hujan lebat dan adakala panas melampau..anggap ini sebagaia dugaaan yang diturunkan oleh Allah untuk kita disedarkan rasa bersyukur kepadaNya..pihak Phoenix masih mempunyai stok segara yang cukup. Jadi sesiapa ingin membeli borong Cendawan Segar Phoenix sila hubungi Mahathir 0133598020. Pastikan hubungi beliau sebelum turun ke ladang....harga RM 10 sekilo ex farm

Salam Puasa

Admin


Jumpa kita di Harai Raya nanti....Insyallah

Friday, July 16, 2010

SALAM,

KAMI MEMPUNYAI STOK SIAPA CEPAT DIA DAPAT, CALL SEKARANG 013 359 8020 EN DIR.....STOK BARU PETIK !!! MARI MARI SEGAR DARI LADANG. HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT HARGA PASARAN...BELIAN PUKAL DIALU-ALUKAN!!!

Friday, March 19, 2010

Hujan Tiruan di Phoenix......

Sistem Timer....


Saksikan bagaimana "hujan tiruan" dijalankan.....nampak nyer suhu boleh dikawal dengan cara ini...cuaca yang panas amat menakutkan semenjak ini.... jadi kami terpaksa mempercepatkan program pengepaman air bawah tanah untuk dialirkan diatas bumbung rumah cendawan....

air ditadah......
nampak tak aliran air ala-ala hujan
mesin pam
piping system

mcm nak mandi pun boleh....


Tuesday, March 2, 2010

Daun Pelepah Sawit Penyejuk Suasana.




Musim panas kalau asyik menyiram jer letih juga nak membayar bil air dan elektrik (pakai pam).Cara tradisional menggunakan pelepah sawit boleh membantu pengeluaran stabil dan mengikut jadual. Bila terlampau panas mengajuk cendawan nanti.....Selamat

Thursday, February 18, 2010

Bantal Matang untuk Dijual


Salam,

Kami juga menjual bantal matang pada harga RM 1.50 sebantal. Sila hubungi Mahathir
0133 359 8020 atau pejabat 03 -3122 0511 dengan kadar segera sementara stok masih ada. Bagi pembelian pukal diskaun menarik akan diberi.


Selamat Bermualamah-Phoenix Team