SALAM,
KAMI MEMPUNYAI STOK SIAPA CEPAT DIA DAPAT, CALL SEKARANG 013 359 8020 EN DIR.....STOK BARU PETIK !!! MARI MARI SEGAR DARI LADANG. HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT HARGA PASARAN...BELIAN PUKAL DIALU-ALUKAN!!!
Friday, July 16, 2010
Saturday, March 20, 2010
Friday, March 19, 2010
Hujan Tiruan di Phoenix......
Tuesday, March 2, 2010
Daun Pelepah Sawit Penyejuk Suasana.
Thursday, February 18, 2010
Bantal Matang untuk Dijual
Wednesday, February 17, 2010
Perjuangan Masih Belum selesai!!!
The cloud of Mushroom!!!Salam....
Salam sejahtera kepada kengkawan dan saudara cendawan kami.... Sudah masuk tahun kedua Phoenix sudah beroperasi ....terasa cepatnya masa berjalan!!. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kami masih bernafas walaupun onak dan duri kami hadapi hanya Allah yang tahu betapa peritnya. Kekuatan kami adalah satu iaitu niat kami yang mahu membantu orang kampung mendapat kerja disamping kami dapat sedikit untung bukan buat masa sekarang tetapi di masa akan datang....Kalau diikutkan didalam kertas kerja industri cendawan ini nampak senang dan menguntungkan dalam waktu singkat...tetapi sebenarnya jika diambil kira faktor suasana, cuaca, kebersihan dan penyeliaan bantal sangkaan itu meleset. Selama setahun kami belajar selok-belok perangai bantal cendawan ini..makin lama makin banyak resepi rahsia sudah kami temui... Insyallah semuga ilmu ini dapat di kongsi kemudian hari.
Kami sedar ramai pengusaha yang telah tutup kedai di sekitar Selangor kerana tiada modal pusingan untuk diteruskan. Bank atau institusi hanya hangat-hangat tahi ayam..bila bertukar polisi bertukarlah arah dan fokus. Yang menjadi mangsa adalah peminjam-peminjam muda yang betul-betul hendak meniaga di dalam sektor pertanian.
Ada pengusaha cendawan yang tutup disebabkan serangan penyakit secara kronik iaitu hampir 99% bangsal diserang penyakit. Nauzubillah!!.Kau jauhkanlah penyakit ini dari kami semua Ya Allah.
Setakat ini Phoenix hanya menganggarkan pengeluaran 1-1.5 tan dalam 2-3 bulan ini mudahan. Jika ada yang gagal dapat belian dari kami, kami memohon maaf kerana kami sendiri tidak dapat memuaskan hati pelanggan kami ..secara jujur kami maklumkan.
Kalau ada lebih stok memang kami akan panggil, tetapi seeloknya tuan-tuan emailkan kepada kami atau hubungi pegawai kami En Arun 013 672 8811. Kursus tanaman Cendawan masih dibuka dan sesiapa berminat hubungi Mahathir 013 359 8020.
Don't turn around!!!
regards....
Phoenix Board
Subscribe to:
Posts (Atom)










