Monday, December 20, 2010

Update Ladang terbaru Pre New Year 2011

penghasilan cendawan untuk pasaran harian...


cuaca December amat sesuai...


warna putih beg media ini amat memuaskan...


Media Bag yang diperam untuk penghantaran Januari 2011, nampak dah putih cantik..


Abuk kayu dah nak kena hantar esok....


Jo sedang membuat sedikit tour di ladang.....

Lawatan Phoenix Agri ke Utara Semenanjung Malaysia

kehijauan sawah di bendang





kalaulah kita dapat menghasilkan cendawan setanding tebu??!! ramai jutawan cendawan kot nanti!!


Salam Semua.

Paparan kali ini adalah mengenai perjalanan pihak kami ke Utara selama 3 hari di Wang Kelian, Padang Besar, Chuping dan kawasan Kedah. Mengkaji dan menilai akan sektor pertanian ini yang aman agak universal dan perlu di pelbagaikan. Kami sempat melawat Ladang Tebu terbesar di Perlis seluas 8562 hektar, kami agak kagum akan keluasan yang tak dapat digambarkan pada masa itu. Kawasan penanaman sawah padi sekitar Alor Setar dan secara ringkas cuaca di sempadan Perlis terutama Wang Kelian, Padang Besar, Anak Bukit amat sesuai untuk dijadikan hub penanaman cendawan...cuaca agak sederhana dan tiada pencemaran jerebu didapati...mungkin masalah untuk mendapatkan benih dan kedudukan yang agak jauh dari supplier menjadi halangan utama jarang pengusaha cendawan di sana. Atau mungkin cendawan lebih murah dan senang dbeli dari Thailand.....mungkin juga....cuba pikirkan!!

Thursday, December 9, 2010

Beg Media - Tempahan sudah dibuka!! Hubungi kami di 013 359 8020 Mahathir


Beg yang sedang disuntik tapi sudah ditempah



Beg yang sedang diperam...


Inilah yang kita mahu...hasil setanding dengan ketahanan beg media








Salam Semua ,

Kami juga menerima tempahan beg media yang 3/4 matang siap dengan penutup sekali . Harga Ex Factory 1.50 per bag. Minimum order 100 bantal. Hubungi kami di Phoenix Agri Sdn Bhd untuk penerangan lanjut 013 359 8020 EN Mahathir.
Alhamdulillah hasil kajian sendiri selama 2 tahun akhirnya kami mendapat petua untuk menghasilkan beg bantal yang bermutu (kerana kami belajar dari kesilapan lepas ). Kami baru menerima projek menghasilkan bantal dari badan swasta untuk disiapkan pada Bulan Januari dan Februari.


Cendawan segar juga dijual sementara stok masih ada!!



Salam Semua ya!!!........

Monday, November 29, 2010

MAHA 2010



Welcome to MAHA 2010....
Location: MAEPS, Serdang
Saksikan kebangkitan industri pertanian di rasmikan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Pertanian.

Thursday, November 11, 2010

Salam Aidil Adha dari Phoenix


Salam ..

Pejam celik dah nak Raya haji sudah....Alhamdulillah hujan sejuk di pagi hari Jumaat ini amat syukuri kita semua.. Bagaiman saudara-saudara semua...kami masih meneruskan perjuangan dan usaha kami untuk meningkatkan pengeluaran dan hasil untuk pasaran setempat....kami sedia menerima tempahan pukal (jika stok cukup) . Sila hubungi saya Madir 0133598020....

Salam Eid Mubarak dari Phoenix Team!!!

Saturday, October 30, 2010

Happy Diwali!!


Kami di Phoenix ingin mengucapkan Happy Diwali kepada sahabat dan kawan yang berugama Hindu yang jatuh pada hari Jumaat 5 Nov 2011. Di harap mereka dapat meraikan hari cahaya mereka ini dengan penuh harmoni di Malaysia ini. Kalau ada maruku dan juadah putu mayam tuh jangan lupa jemput kami untuk makan bersama......sedap di cicah dengan kuah kari cendawan!!! Nak stok sila hubungi Mr Mahathir...sementara stok masih ada... 0133598020

Peace!!!!!

Musim Monsoon Menjelang


Salam Semua!!!

Kembali bertemu setelah sekian lama kami tanpa berita. Semenjak 3 minggu lepas cuaca amat terlampau kering di sini hingga mengurang sedikit pengeluaran cendawan pada bulan Oct namun masih bersyukur akan hasil yang diterima. Tapi semenjak seminggu ini alhamdulillah Tuhan telah memberi isyarat akan kedatangan Monsoon ditanah air kita....suhu mula turun, Pagi-pagi hujan selalu lebat dan menyusul semula pada waktu petang. Ini sesuai untuk pengeluaran cendawan yang berat dan berkualiti.

Sementara stok masih ada sila call kami jika ada lebihan. 013 359 8020 Encik Mahathir

Salam!!!!