Thursday, December 3, 2009

Musim Tengkujuh , persediaan Musim Panas, Landscape Labor Friendly







Salam Semua...

Pejam celik kita dah nak masuk 2010 dah!!! Apa persediaan kita untuk tahun baru mendatang. Pada musim tengkujuh ini kami cuba mengambil kesempatan untuk meningkatkan graf pengeluaran cendawan kami. Walau bagaimana pun musim panas yang lalu banyak mengajar kami untuk melakukan pelan menyeluruh bagi memastikan pengeluaran cendawan tidak berkurangan dek cuaca panas.


Oleh itu pihak Phoenix sudah membuat persiapan ke arah itu. Telaga sudah dikorek sedalam 30 kaki dan "piping" sudah dipasang di dalam rumah cendawan dan pengepam sudah ditempah. Pihak Phoenix hanya akan memasang bila musim panas kembali.

Di samping itu, tempat pejalan kaki bagi pekerja memindahkan bantal cendawan, mengambil hasil kutipan dan melakukan kerja pembersihan juga sudah siap di bina. Atas permintaan supplier habuk kayu dan pekerja kami yang mahukan kerja unloading habuk dijalankan secara cepat, kami telah membina ruang habuk kayu di kawasan luar.

Mari kita lihat paparan:

Tuesday, November 17, 2009

Lawatan Pelajar Kolej MCS 2 Nov 2009





Pihak Phoenix telah dilawati oleh rombongan pelajar dari Kolej MCS pada 2 hb Nov 2009. Seramai 48 pelajar dan seorang pensyarah sempat mendapat sedikit pengalaman dari kami yang diketuai oleh En Mahathir. Beliau sempat memberi penerangan asas mengenai perniagaan cendawan dan selok belok penjagaan beg media.

Jadi sesiapa yang ingin menyertai kursus cendawan sila hubungi En Mahathir di 013 359 8020 atau nombor pejabat di 3122 0511.

Wednesday, October 28, 2009

KURSUS CENDAWAN KEMBALI LAGI!!!!!!!!!!!!!!!! CEPAT DAFTAR





SALAM SEMUA....


Kursus ASAS PENANAMAN CENDAWAN SUDAH DIBUKA UNTUK BULAN NOV DAN DISEMBER 2009. HUBUNGI KAMI SECEPAT MUNGKIN : SATU SESI BOLEH MEMUATKAN 15 PELAJAR. TARIKH YANG DI RANCANG 7/14/21/28 November 2009.

HUBUNGI MAHATHIR 013 3598020

ATAU PEJABAT : 03-3122 0511


Bayaran RM 200. Sijil Disediakan.
Nota dan Maklumat
Bilik Solat
Makanan Pagi, Tengahari dan Petang
Hadiah 5 beg bantal cendawan dan cendawan segar Phoenix untuk belajar dirumah (PERCUMA).


SELAMAT DATANG KE PHOENIX!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 30, 2009

Salam Syawal........


Salam Syawal dan salam 85 kg hari nih.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Alhamdulillah boleh keep up mudahan........................Doa mudahan segala usaha sabar dapat dilipat gandakan dalam bentuk rezki..........

Monday, August 10, 2009

Selamat Berpuasa......dari Phoenix.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur dan sentiasa memohon keampunan dari Pencipta kita...Selamat berpuasa dan jangan lupa berterawih.......Salam




Bongkah Jualan

En Azley dari Subang sempat membeli 1000 bantal yang dipesan bagi menyambung aktiviti tani cendawan beliau yang telah terhenti seketika dulu. Berkat kesabaran beliau membeli lebih dari belian pertama dahulu. Hasil kutipan jualan bersama sahabatnya En Anwar. Semoga berjaya







Musim Monsun, Bulan Puasa dan Telaga Air Bawah Tanah

Salam Sejahtera,




Cuaca mula menunjukkan kebasahan semenjak akhir-akhir ini, namun ketidak stabilan kepanasan global kadang-kadang memberi kesan kepada pengeluaran cendawan kami. Jadi kami berusaha mengumpul dana untuk menebuk telaga air bawah tanah untuk kami gunakan untuk penyiraman bumbung bila perlu. Jadi air akan dipam ke semua rumah dan dialirkan ke bumbung secara malar bagi menurunkan suhu agar tidak terlalu panas.





Contoh perancangan telaga :