Wednesday, September 30, 2009

Salam Syawal........


Salam Syawal dan salam 85 kg hari nih.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Alhamdulillah boleh keep up mudahan........................Doa mudahan segala usaha sabar dapat dilipat gandakan dalam bentuk rezki..........

Monday, August 10, 2009

Selamat Berpuasa......dari Phoenix.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur dan sentiasa memohon keampunan dari Pencipta kita...Selamat berpuasa dan jangan lupa berterawih.......Salam




Bongkah Jualan

En Azley dari Subang sempat membeli 1000 bantal yang dipesan bagi menyambung aktiviti tani cendawan beliau yang telah terhenti seketika dulu. Berkat kesabaran beliau membeli lebih dari belian pertama dahulu. Hasil kutipan jualan bersama sahabatnya En Anwar. Semoga berjaya







Musim Monsun, Bulan Puasa dan Telaga Air Bawah Tanah

Salam Sejahtera,




Cuaca mula menunjukkan kebasahan semenjak akhir-akhir ini, namun ketidak stabilan kepanasan global kadang-kadang memberi kesan kepada pengeluaran cendawan kami. Jadi kami berusaha mengumpul dana untuk menebuk telaga air bawah tanah untuk kami gunakan untuk penyiraman bumbung bila perlu. Jadi air akan dipam ke semua rumah dan dialirkan ke bumbung secara malar bagi menurunkan suhu agar tidak terlalu panas.





Contoh perancangan telaga :




Saturday, July 11, 2009

Lagi Update terbaru!!!!

Setelah dibungkus
Stock pukal ke caterer

2kg.... dijamin segar dan berkualiti


Cendawan kering 40 gm,......tidak menghampakan!!!




Tuesday, July 7, 2009

Welcome July 2009

Hasil yang dipetik pagi 8 Julai 2009 (25kg)
Salam Semua,,,,,


Dah lama tak update blog sebab busy dengan aktiviti pengstrukturan sistem di bahagian operasi. Buat masa nih jualan makin lama makin meningkat dari bulan May, June dan Julai. Graf jualan pun agak cantik dan memuaskan. Tetapi pihak Phoenix masih mahu menggandakan jualan dengan memperbaiki sistem penuaian dan juga pembuatan bantal. Banyak R&D telah dibelanjakan dan diusahakan demi masa hadapan industri ini.


Secara purata pada bulan May dan Jun lepas pengeluaran sudah dapat digandakan dan bulan Julai mula menampakkan penggandaan ketara secara malar dan stabil setiap hari. Walaupun cuaca dah agak berhujan bebaru ini kami masih akan cuba untuk mendapatkan peruntukan untuk membuat perigi dan menyedut air terus untuk disemburkan di kawasan bumbung.


Apa yang kami dapat belajar dari Phoenix adalah perusahaan cendawan ini memerlukan kesabaran dan ketahanan mental. Walaupun modal adalah satu faktor penting yang mesti bersama melengkapkan syarat... Kami di Phoenix sentiasa percaya akan pertanian cendawan ini adalah perniagaan yang akan membawa keuntungan jika dibuat secara mantap dan disusuli dengan pemasaran yang berterusan di kedai dan pasaraya. Percayalah Tuhan itu MAHA MENDENGAR.........Allahuakbar!!!
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR UNTUK KURSUS SABTU DAN MENJUAL CENDAWAN SEGAR (SIAP BERSIH) PADA HARGA YANG BERPATUTAN( URUSAN CASH) SILA HUBUNGI ZAIFITRI (012 224 7445)