Monday, August 10, 2009

Musim Monsun, Bulan Puasa dan Telaga Air Bawah Tanah

Salam Sejahtera,




Cuaca mula menunjukkan kebasahan semenjak akhir-akhir ini, namun ketidak stabilan kepanasan global kadang-kadang memberi kesan kepada pengeluaran cendawan kami. Jadi kami berusaha mengumpul dana untuk menebuk telaga air bawah tanah untuk kami gunakan untuk penyiraman bumbung bila perlu. Jadi air akan dipam ke semua rumah dan dialirkan ke bumbung secara malar bagi menurunkan suhu agar tidak terlalu panas.





Contoh perancangan telaga :




Saturday, July 11, 2009

Lagi Update terbaru!!!!

Setelah dibungkus
Stock pukal ke caterer

2kg.... dijamin segar dan berkualiti


Cendawan kering 40 gm,......tidak menghampakan!!!




Tuesday, July 7, 2009

Welcome July 2009

Hasil yang dipetik pagi 8 Julai 2009 (25kg)
Salam Semua,,,,,


Dah lama tak update blog sebab busy dengan aktiviti pengstrukturan sistem di bahagian operasi. Buat masa nih jualan makin lama makin meningkat dari bulan May, June dan Julai. Graf jualan pun agak cantik dan memuaskan. Tetapi pihak Phoenix masih mahu menggandakan jualan dengan memperbaiki sistem penuaian dan juga pembuatan bantal. Banyak R&D telah dibelanjakan dan diusahakan demi masa hadapan industri ini.


Secara purata pada bulan May dan Jun lepas pengeluaran sudah dapat digandakan dan bulan Julai mula menampakkan penggandaan ketara secara malar dan stabil setiap hari. Walaupun cuaca dah agak berhujan bebaru ini kami masih akan cuba untuk mendapatkan peruntukan untuk membuat perigi dan menyedut air terus untuk disemburkan di kawasan bumbung.


Apa yang kami dapat belajar dari Phoenix adalah perusahaan cendawan ini memerlukan kesabaran dan ketahanan mental. Walaupun modal adalah satu faktor penting yang mesti bersama melengkapkan syarat... Kami di Phoenix sentiasa percaya akan pertanian cendawan ini adalah perniagaan yang akan membawa keuntungan jika dibuat secara mantap dan disusuli dengan pemasaran yang berterusan di kedai dan pasaraya. Percayalah Tuhan itu MAHA MENDENGAR.........Allahuakbar!!!
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR UNTUK KURSUS SABTU DAN MENJUAL CENDAWAN SEGAR (SIAP BERSIH) PADA HARGA YANG BERPATUTAN( URUSAN CASH) SILA HUBUNGI ZAIFITRI (012 224 7445)

Sunday, June 21, 2009

Laporan Gambar Kursus

Tahniah kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus pada 20 Jun 2009.!!!

Ms Ida Said

Dr Nagu

Semoga selamat berjaya!!!

Monday, June 15, 2009

Kursus Sabtu ini 20 hb Jun 2009

Salam ,
Jangan lupa saudara dan saudari Pihak Phoenix akan mengadakan Kursus Asas Cendawan pada Sabtu ini...antara nama yang dah sahkan pendaftaran
1) En Siraj Kota Damansara
2) Ms Siraj Kota Damansara
3) Ida KL
4) Dr Nagu KL
5) Datin Fauziah Selangor
PENDAFTARAN MASIH DIBUKA HUBUNGI KAMI 03-31220511 ATAU FITRI 012 224 7445 ATAU MAHATHIR 013 359 8020.

Wednesday, June 3, 2009

Selamat Hari Keputeraan Agong


Salam Semua ,


Dah lama tak bercerita di dalam blog Phoenix mengenai perkembangan semasa......Pihak Phoenix mula sibuk untuk melayan cendawan yang bertambah pengeluarannya semenjak ini. Namun pihak kami mengalu-alukan bekalan dari luar untuk menepati pesanan dari outlet-outlet kami di sekitar Klang.


Di samping itu Kursus Cendawan akan dimulakan pada 13 hb June 2009 dan 20 hb June 2009 (sempena hari keputeraan Agong pada Sabtu kami terpaksa tangguh akan kursus tersebut)

Jangan lupa untuk hubungi kami untuk pendaftaran 03-3122 0511 Zaifitri


Sempat saya menangkap gambar cendawan yang pelik yang mana ia mempunyai dua kelopak...!!! Pelik.,,,Saksikan gambar di atas......